Saturday 4 April 2015

2010 masa mengandungkan I Sara, tiba-tiba rasa sakit dekat area pinggang belah kanan. Masa tu tak boleh buat X-RAY, takut bahayakan kandungan, jadi tak dapat nak scan detail. Doctor ingat sebab mengandung memang normallah juga muncul pelbagai sakit pelik sebabnya hormon banyak berubah, masa tu pun badan ni memang mengambang 'over dose' hehehhe.


I Sara permata hati mama & papa..mama kuat dengan ujian ni kerana mu sayang..

Dah bersalin dan berpantang masih sakit..


Lepas bersalin dan habis berpantang tak juga sembuh. Puas juga berurut, ingatkan urat terseliuh ke apa, tak juga ok. Habis pantang, buat appointment lagi dengan Gynea, buat macam-macam jenis X-RAY barulah dapat detect katanye ada tumor (ketumbuhan) dalam tulang di belah tulang pinggul kanan. Subhanallah...!!! Macam petir rasanya dengar berita nih. Masa tu tak ada ilmu, tak tahu sangat tumor ni bahaya ke macamane.

Buat appointment pulak dengan Pakar Tulang (Ortopaedic), Dr G Ruslan di KPJ Tawakal. Susah pulak nak jumpa doktor ni sebab ramai sangat yang Q nak jumpa. Sementara mengira hari nak tahu jenis ketumbuhan ni melalui ujian biopsi, puas ku contact member-member MRSM dlu yang sekarang ni bekerjaya doctor nak tahu lebih lanjut. Kerisauan sebenar ialah, adakah ketumbuhan ni maksudnya kanser? Huwaaaa...menjurai-jurai air mata masa tu.

Buat ujian untuk tahu jenis tumor..


Masa buat biopsi, Allah je yang tahu perasaan hati ni. Semangat ditemani suami, ku cekalkan hati melaluinya. Procedure tu kejap je. Doctor masukkan jarum panjang ke tempat yang ada ketumbuhan tu dan ambil sample untuk diuji lebih lanjut. Melalui ujian ni lah yang akan sah kan tumor ni jenis kanser atau bukan.

Dub dab..dub..dab..tunggu result. Jumpa doctor lepas tu doctor sahkan ketumbuhan jenis 'benign'. Maknanya bukan jenis kanser. Alhamdulillah...syukur ya Allah.

Doctor Ruslan sarankan untuk jalani pembedahan untuk buang ketumbuhan ni. Kami suami-isteri berbincang dan setuju untuk buat pembedahan. Bersambung ke Part 2...


Selepas operate 2 hari di ICU, 3 hari di HDU..


Definisi Benign tumor dari Wikipedia..


benign tumor is a mass of cells (tumor) that lacks the ability to invade neighboring tissue or metastasize. These characteristics are required for a tumor to be defined as cancerous and therefore benign tumors are non-cancerous. Also, benign tumors generally have a slower growth rate than malignant tumors and the tumor cells are usually more differentiated (cells have normal features)

0 comments:

Post a Comment