Thursday 31 December 2015

Tak lama lagi musim persekolahan dah nak habis. Jadinya, anak-anak akan mulakan persekolahan di tahun yang baru. Sudah bersediakah anda?
Bagi anak yang pertama kali bersekolah, sama ada memulakan tadika mahupun darjah 1, persediaan bukan hanya perlu pada anak, ibu bapa juga zaman sekarang harus bersedia mental, emosi selain bersedia dari segi keewangan sudah semestinya.

                                                   
Hari Pertama I Sara balik sekolah, muka sembab menangis sebab katanya tak ada beg hikhik..cian anak mama


I Sara sudah memulakan sesi pra-sekolah sejak umur 4 tahun. Kami hantar I Sara bersekolah di Little Caliph Bandar Baru Sentul. Kami memilih Little Caliph kerana modul pembelajarannya yang berunsurkan Islamik dan juga pendedahan kepada English Module. Selain itu, di kawasan rumah kami, Little Caliph Sentul ini yang paling berdekatan, kawasan sekitar yang kelihatannya baik bagi kami, mudah kami menghantar dan mengambil I Sara balik sekolah Pembelajaran pada sesi pagi bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

                                       
Minggu kedua pegi sekolah dah happy jer ni kluar rumah..alhamdulillah


Tahun 2016 ini , I Sara akan memulakan sesi persekolahan untuk 6 tahun. Kali ini, kami mendaftarkan I Sara untuk sesi pagi dari 8.30 hingga 12 tengah hari dan bersambung Extended Program dari pukul 1petang hingga 5 petang. Ini disebabkan kami mahu memberi lebih pendedahan dan persediaan kepada I Sara agar lebih fokus kepada pembelajaran sebagai persediaan alam persekolahan yang sebenar pada 2017 nanti, In Sha Allah.

Sesi petang ada pembelajaran Hafazan, Seni Kreatif, Memasak, Matematik dan Sirah Islam. Modul-modul ini yang menarik perhatian kami suami isteri mendaftarkan I Sara untuk sesi pagi hingga petang. Solat Zohor dan Asar juga di lakukan secara berjemaah di sekolah. Yuran keseluruhan pendaftaran I Sara berjumlah RM1,500. Manakala, yuran bulanan adalah sebanyak RM450.

Semoga I Sara menjadi anak yang bijak dan solehah. Amin...

Jadual pembelajaran I Sara sesi 6 tahun bermula 6 Januari 2016 nanti.



Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment