Wednesday 30 December 2015

Kuliah zohor arini di ofis, ada tetamu istimewa yang segak pulak gitew..Penuh surau bukan hanya sebab topik yang disampaikan, namun teruja dengan kehadiran Ustaz Don!


Ustaz megupas topik betapa pentingnya solat dan betapa bertuahnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. 

Kata uztaz, solat merupakan tiang agama. Dengan solat membentuk disiplin diri dan juga mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Ustaz menyarankan setiap keluarga mengamalkan solat berjemaah. Jika siang hari sibuk dengan urusan mencari rezeki, setidaknya bersolat jemaahla sekeluarga pada waktu maghrib dan isyak.

Sangat besar impaknya pada keluarga yang mengamalkan solat berjemaah. Ustaz juga menekankan kita supaya fokus kepada pendidikan generasi alpha, iaitu generasi anak-anak kita yang kini lingkungan umur 3-4 tahun. Ini kerana generasi alpha ini merupakan generasi yang mempunyai kelebihan untuk self-learning. Rugi jika mensia-siakan mereka yang berfikiran lebih advance dari kita zaman ini.

Ustaz berkata umat zaman dahulu yang beriman, sangat menginginkan untuk menjadi umat Nabi Muhahammad. Ini kerana banyak kelebihan diberikan Allah kepada umat Nabi Muhammad. Maka beruntunglah kita yang menjadi umat baginda Rasulullah.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara. Kita dihidupkan agar beriman dan melakukan suruhan Allah dan mengikut ajaran Nabi Muhammad serta mengumpul sebanyak pahala yang pastinya menjadi bekalan untuk di alam sana. 

Semoga kehidupan kita sentiasa dalam lindungan Allah dan diberkati. Semoga Jannah menjadi tempat pertemuan kita di alam sana kelak.

Aminnn..

Salam Sayang,
Mama Sara & Hakeem

1 comments: