Wednesday 26 November 2014

Assalamualaikum semua..

Lama dah saya ber'tapa' tak tulis entri dekat sini..sebab beberapa masalah peribadi yang melanda..huhu..bukan apa, bila diri diselubungi masalah akan terpancar juga melalui penulisan, jadi tak nak sebarkan aura negative kepada kawan-kawan juga..

Arini dapat semangat baru..mentor call tadi buat Power Coaching..nak tahu detail pasal Power Coaching nanti saya share dalam next entri eh..

Dari sesi tadi saya dapat sesuatu yang membuka minda..padahal memang dah tau semua bende tu..tapi tulah..suka sangat fikir complicated kadang-kadang tak nampak cara mudah untuk selesaikan sesuatu

Dia ajar saya untuk selalu cakap pada diri NOBODY CAN AFFECT ME NEGATIVELY!!! Cakap hari-hari terutama bila terasa diri macam down atau dalam 'zon bahaya'..kalo boleh siap gaya dan penuh perasaan lagi bagus..lepastu ulangkali cakap pada diri sebelum tidur, bangun tidur..

Sebenarnye memang dah belajar juga bende ni masa attend Seminar DAO October 2014 aritu..inilah dia Feel Good Statement yg konsep diajar DAO..

Lakukannya berulang kali untuk train minda bawah sedar kita..power sangat minda bawah sedar kita ni kalau pandai gunakan dengan betul..

Alhamdulillah..semangat dah kembali..in sha Allah saya akn teruskan perjuangan menjadi usahawan yang berjaya..biarla rintangan dan dugaan yang saya hadapi sekarang ni menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya..



Mana ada orang berjaya tak pernah gagal kan..mostly jutawan dekat dunia ni pernah hadapi kegagalan juga..kegagalan itulah yang menjadikan mereka lebih berjaya..yang penting kita harus terus bangkit bukan terus jatuh..



Kepada rakan-rakan diluar sana yang kini mungkin menghadapi masalah tak kira kecil atau besar bertabahlah..Allah menguji hanya pada hambanya yang mampu menghadapinya dan kerana Allah sayang anda

Jumpa lagi..

1 comments:

  1. Kita harus kuat agar tidak kena pengaruh negative dari orang lain..

    ReplyDelete