Wednesday 17 September 2014


Credit : Irfan Khairi


Disiplin - Buat & Ikut Jadual Waktu

Anggaplah bekerja dari rumah sama seperti bekerja di pejabat. Disiplinkan diri mula bekerja dari pukul 9 - 5. Buat jadual dan . Benar, anda mahu bekerja dari rumah kerana ingin mempunyai lebih masa bersama anak-anak, memasak sendiri, kemas rumah dan sebagainya. Namun amat penting anda sentiasa disiplin menjaga jadual waktu yang anda tetapkan.


Ruang Kerja Yang Tetap

Sediakan satu ruang di rumah anda, sebagai ruang bekerja anda. Jika ada kemampuan munggkin dapat sediakan satu bilik khas. Ramai juga yang menggunakan istilah SOHO (Small Office Home Office). Apabila memasuki ruang ini, minda anda pasti akan terus fokus bahawa 'saya kini memasuki ruang kerja, harus bekerja bersungguh-sungguh'. 


SOHO impian saya :)


Sokongan Keluarga

Pastikan anda mendapat sokongan dan fahaman keluarga dalam menjalankan perniagaan dari rumah. Ini bermakna, apabila anda memasuki 'zon berniaga' ahli keluarga lain perlu faham dan tidak mengganggu anda. Latih anak-anak bahawa anda perlu bekerja di ruang itu dan tidak boleh diganggu. Mungkin bergilir dengan suami/isteri untuk menjaga anak-anak semasa menjalankan perniagaan.


Sememangnya melakukan apa jua punya cabaran tersendiri. Harus bijak dan segera mencari jalan penyelesaian yang terbaik. 
Usah fokus pada masalah, fokus pada penyelesaian. 
Kelebihan dapat bekerja dari rumah, menjadi sia-sia dan sukar untuk berjaya 
jika anda tidak disiplin dengan 'jadual kerja' anda. 

Semoga bermanfaat.

Sharing is caring :)

0 comments:

Post a Comment