Saturday 6 September 2014


Perubahan cuaca baru-baru ni, sekejap hujan sekejap panas mencatatkan banyak kes penularan penyakit berjangkit seperti demam, batuk dan selsema. Terutamanya di kalangan kanak-kanak. Apatah lagi bagi anak-anak yang duduk di taska, lagi mudah terkena jangkitan kerana bercampur dengan lebih ramai kanak-kanak lain dan seringkali ibu bapa tetap menghantar anak-anak yang sakit ke taska dengan alasan banyak urusan di pejabat!


Bukan apa, saya sendiri mengalaminya. Anak-anak saya keduanya duduk di taska, memang ramai ibu bapa tetap menghantar anak-anak yg selsema, batuk, demam ini kadang-kadang langsung tiada bekalan ubat diberikan. 


Kes terbaru, seorang anak pekerja sebuah hospital swasta demam selama seminggu masih di taska, kemudian didapati terkena jangkitan HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease - penyakit tangan, kaki dan mulut. 


Apakah HFMD?

Hand-foot-and-mouth disease is an illness that causes sores in or on the mouth and on the hands, feet, and sometimes the buttocks and legs. The sores may be painful. The illness usually doesn't last more than a week or so.
Hand-foot-and-mouth disease is common in children but can also occur in adults. It can occur at any time of year but is most common in the summer and fall.
~ sumber : http://www.webmd.com/children/guide/hand-foot-and-mouth-disease-topic-overview 


Okey...berbalik kepada kisah di taska...
Bermula dengan 1 kes terkena HMD ni, habis terjangkit kepada 11 orang budak dan taska terpaksa tutup selama 2 minggu. 
Wahhhhh...habis ibu bapa kelam kabut semuanya , yerlahh siapa nak menjaga anak-anak semasa bekerja nanti. Nak ambil cuti 2 minggu, cuti tak cukup. Macam-macam lagi. Termasukla baby saya Hakeem, yang belum setahun terkena jangkitan ni juga..huhu


ni lutut Hakeem yang terkena jangkitan HFMD (tangan, kaki dan mulut)
baru lutut ni, belum lagi bahagian lain...


Anak sulung saya I-Sara, alhamdulillah tidak terkena jangkitan ini. Betul, memang jangkitan ini senang dan cepat merebak..
Nak tahu bagaimana saya cuba 'protect' I-Sara agar tidak berjangkit dengan Hakeem yang hampir seluruh badannya timbul bintik-bintik berair ini?
Jom baca entrinya disini. 


anak-anak kesayangan mama..Luv U both..mmmuuaahhh

0 comments:

Post a Comment