Friday 26 September 2014

Kesedaran akan kepentingan memberikan bayi yang baru lahir dengan susu ibu, kini semakin meningkat dikalangan ibu-ibu sedunia, malahan di Malaysia juga. 

Paling tidak, dapat eksklusif breastfeed sehingga 6 bulan adalah sangat menggembirakan seorang ibu dan juga memberikan yang terbaik untuk si comel anda.

Anak kedua saya Hakeem juga dapat menyusu badan sepenuhnya 6 bulan. Alhamdulillah..Berbeza dengan anak pertama dulu, I Sara, sudah diberikan susu formula sejak hari pertama kelahiran. Sedih. Puncanya?
Sebab TIADA ILMU!


I Sara excited dapat dukung Hakeem yang baru 3 minggu


Saya sibuk bekerja sehingga lupa mencari ilmu berkaitan kepentingan bayi menyusu badan. Saya rasa amat bersalah setelah mengetahui begitu banyak manfaat bayi yang menyusu susu ibu. Apabila susu terasa tidak keluar dan I Sara asyik menangis, saya kalah kepada cabaran itu. Saya juga tidak tahu bagaimanakah cara untuk membanyakkan susu ibu.

Puncanya hanyalah sebab LACK OF KNOWLEDGE.

Jadi, saya tidak mahu ibu diluar sana juga mengalami masalah seperti saya. Sejak mengandungkan Hakeem, banyak research dibuat demi menjayakan impian saya untuk menyusukan Hakeem dengan susu ibu.

Jom saya kongsikan tips asas dalam menjayakan penyusuan susu ibu.


:: GOLDEN RULES DALAM PENYUSUAN SUSU IBU ::


Tips #1


 kosongkan breast dengan kerap - ibu harus kerap susukan bayi atau pam. Lebih-lebih lagi masa bayi baru lahir, bayi hanya minum sedikit. Ibu harus pam kosongkan breast selepas sesi penyusuan.


Tips #2


 ibu mesti minum banyak air. Air suam adalah yang terbaik. Makanan seperti sup juga bagus. Sup lobak putih, sawi, kurma merah antara petua tradisional yang dapat membanyakkan susu ibu


Tips #3

 emosi ibu harus stabil, happy, tenang dan selalu yakin susu cukup untuk si kecil kesayangan anda 




Tips #4



 sokongan dari orang sekeliling terutamanya suami. Jika anak pertama, semestinya pengalaman baru untuk anda berdua. Haruslah saling membantu dalam memberikan yang terbaik bukan sahaja untuk bayi anda namun juga untuk isteri yang bertarung nyawa melahirkan zuriat anda


Hakeem 6 bulan :) Alhamdulillah sihat dan bam bam


Semoga bakal-bakal ibu disini melalui pengalaman kehamilan dan kelahiran yang menggembirakan..

Benar..sakit melahirkan adalah sakit yang tak terjangkau untuk diluahkan..namun tangisan si comel pasti melenyapkan terus kesakitan anda..

Siapkan diri dengan ilmu dan persiapan emosi juga ya..



Selamat menyambut kelahiran si comel anda 

0 comments:

Post a Comment