Wednesday 3 September 2014

Entri ni memang akan buat ku sebak setiap kali memori tu terlintas di benak fikiranku..Namun memang inilah realiti kehidupan ku yang ingin dikongsikan..
Kenapa saya kongsi hari ini...?
Sebab saya nak mohon semuaaaaaa yang baca entri ini mendoakan saya agar dapat memenuhi impian mak.


[Impian mak..impian ku jua..]

Mak selalu cakap, "..best nye tengok dekat tv tu orang pegi mekah.." 

Mak selalu cerita tempat-tempat menarik di sana yang mak tgk dari tv juga..
Duit bulanan dan duit raya yang ku beri sikit-sikit mak simpan nak buat pegi Mekah katanya..
.
Sebakkk..

Memang ku sebak setiap kali ku hulur duit belanja, mak akan beri semula dan pesan kepada ku "...masukkan dalam tabung haji mak ye..mak nak pegi umrah nanti..."
.
Ingat lagi masa kami kecik dulu..mak catu-catu belanja yang ayah bagi nak besarkan kami, beri pelajaran terbaik..Baju baru hanya merasa bila nak Hari Raya je, tu pun sorang sepasang..jadilah..

Mak nak semua anak mak masuk Universiti..Alahmdulillah impian mak tercapai..
Along dapat belajar MRSM Jasin masa Form 4 & 5. Lepas tu dapat buat degree Sains Matematik di UTM Skudai.
Saya dapat belajar MRSM Balik Pulau masa Form 4 & 5. Lepas tu dapat buat degree Computer Science di UKM, Bangi. Dapat pula scholarship Maybank masa belajar, alhamdulillah..ringan beban ayah.
Adik perempuan, dapat belajar degree Electrical Enineering di UKM, Bangi.
Adik bongsu dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Gombak masa Form 4 & 5. Kemudian sambung buat degree Electrical Engineering di UKM, Bangi juga.
.
Alhamdulillah...syukur sangat! Memang muka mak berseri-seri masa hari konvokesyen kami.


.
Mak..tahun depan (2015) akan ku jadikan impian mak menjadi kenyataan..
Ku bersungguh melakukan bisnes Shaklee ini untuk mak bukan semata untuk diri sendiri..Selain niat ku juga mahu semuaaaa orang, seraamaaiiii oran di dunia ini hidup sihat sentiasa!


Semoga mak dan ayah sihat sentiasa dengan bekalan supplement Shaklee yg ku beri dan ku pohon moga dipanjangkan usia..
Doa kan anak mu berjaya..Aminnn


0 comments:

Post a Comment