Wednesday 11 June 2014


Adik saya Whatsapp tadi bertanya susu ibu boleh simpan berapa lama dalam peti ais? Saya pun cakap 2-3 hari..lepas tu simpanlah dalam freezer boleh tahan 2-3 bulan..kalau deep freezer boleh tahan sampai 6 bulan.
Jom refer jadual dibawah untuk lebih faham cara penyimpanan EBM (Express Breast Milk)


Jadual tempoh masa simpan EBM

Saya tanya kenapa? Katanya kawan ofis dah bersalin pagi tadi. Tapi baby ditahan di ICU kerana masalah ususnya berada diluar! MasyaAllah..Terus bergenang air mata mengenangkan nasib bayi yang baru nak melihat dunia. Saya nasihatkan 2-3 hari pertama biasanya susu keluar sangat sedikit, lebih baik jika menggunakan teknik marmet untuk buat stok dan diberikan kepada bayi.

Teknik marmet

Saya juga memberitahu adik supaya kawannya sentiasa berada disisi bayi nya. Cuba banyak lakukan sentuhan dengan tujuan memberi rangsangan kepada bayi dan bacakan ayat-ayat suci Al-Quran agar bayi kuat semangatnya. Bayangkan selama 9 bulan bayi berada di dalam kandungan ibu, sangat selesa dan berasa selamat, tiba-tiba setelah dilahirkan bayi keseorangan di hospital!

Kenapa saya berkata begini? Hebat sangat kah saya untuk beri nasihat begini sedangkan saya bukan doktor! Ini kerana saya juga pernah mengalami saat getir semasa kelahiran anak kedua saya - Hakeem. Hakeem dilahirkan awal 3 minggu secara caesarean section kerana kedudukannya yang songsang.Pada masa itu, bukaan hanya 1cm, namun doktor nasihatkan agar bersalin memandangkan bayi sudah matang - 37 minggu. Ubat mematangkan peparu di inject kepada saya dan selepas 4 jam doktor terus melakukan pembedahan.

Selepas lahir saya pelik kenapa bayi saya tidak dibawa ke bilik. Nurse memberitahu bayi saya ade sedikit masalah pernafasan. Hakeem di masukkan ke dalam incubator. Hanya suami yang dibenarkan melawatnya. Tiba-tiba esoknya Pakar Paediatrician telefon ke wad dan memberitahu bayi berada dalam keadaan agak kritikal dan mesti dipindahkan ke HUKM. Saya bersalin di KPJ Tawakal, Jalan Pahang.

Suami mengiringi bayi kami ke HUKM dengan ambulan. Tengah malam itu juga saya minta doktor benarkan saya discarge untuk membolehkan saya bersama Hakeem. Alhamdulillah ada sedara terdekat duduk berdekatan HUKM, jadi saya menumpang dirumahnya. 

Esoknya saya gagahnya diri menemani Hakeem di NICU. Sepanjang masa kami didalam bilik NICU itu untuk memberi semangat kepada Hakeem. Hakeem diberi alat bantuan pernafasan berkuasa tinggi. Doktor memberitahu badannya sudah bertukar biru semasa dipindahkan ke HUKM. Ya Allah..hebatnya dugaan itu!


Hakeem hari ke 3

Kami bercakap-cakap dengan Hakeem memberikan kata-semangat. Suami membacakan ayat suci Al-Quran sepanjang masa ditelinganya. Nurse dan doktor begitu mengambil berat dan bersungguh-sungguh memberitahu kami agar memberikan susu ibu. Atas nasihat doktor saya menggunakan teknik marmet agar dapat mengumpul stok untuk Hakeem. Suami berulang alik ke hospital menghantar stok walaupun di tengah malam agar cukup untuk Hakeem.
EBM hari ke 4

Selama 17 hari Hakeem di NICU. Alhamdulillah Hakeem menunjukkan progress yang sangat baik dan akhirnya 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2013 Hakeem dibenarkan pulang. Alhamdulillah...memang tidak dapat digambarkan perasaan sepanjang tempoh itu. Ujian Allah benar-benar mematangkan kami. Allah menguji pada sesiapa sahaja hamba-NYA yang terpilih. Kerana apa? Kerana kita mampu menghadapinya.

Ini dia Hakeem hari dimana dibenarkan keluar dari HUKM. Lahir Hakeem 2.77kg, selepas 17 hari beratnya turun ke 2.4kg. Kesian anak mama. 

Hakeem 17 hari

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Rakan-rakan, sedara-mara tak putus-putus datang menziarahi kami memberikan kata-kata semangat. Doktor-doktor dan nurse-nurse di NICU HUKM juga banyak memberikan sokongan. Sesungguhnya jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya di akhirat kelak.

Kini Hakeem sudah 11 bulan dan sihat walafiat. Alhamdulillah. Semoga anak mama terus sihat dan menjadi insan yang soleh. Mama impikan Hakeem menjadi seorang Tahfiz suatu hari nanti..Aminn :)

Hakeem 11 bulan


0 comments:

Post a Comment