Saturday 30 August 2014


Ketahui 7 SEBAB kenapa anda WAJIB MAKAN SUPPLEMENT :-

1) Sumber vitamin dari makanan sahaja, kadangkala tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian nutrisi dan zat yang diperlukan tubuh kita. Misalnya, Vitamin C. Sumber terbaik dari makanan ialah dari buah seperti strawberry, orange dan sayur-sayuran seperti tomato, broccoli. Namun,  fakta menyatakan Vitamin C cepat termusnah oleh cahaya dan kepanasan. Sayuran jika terlebih masak, ibarat makan sepinggan nasi tanpa lauk. TIADA ZAT! Begitu juga buah-buahan, penyimpanan yang tidak betul menyebabkan buah-buahan ini KURANG nutrisi mungkin TIADA nutrisi sama sekali.

2) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tiddak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.

4) Pengambilan pil penahan sakit,ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
5) Makanan seharian yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan yang diperlukan tubuh.


6) Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang serba sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar memakan makanan segera yang sememangnya tinggi kandungan bahan kimia dan mungkin tiada zat. Memakan makanan tiada zat, tidak mendatangkan faedah langsung kepada tubuh anda, malahan boleh menyebabkan punca pelbagai penyakit seperti kegemukan/obesiti, kencing manis, darah tinggi dan kanser!

7) Bagi yang bekerja, kebiasaannya makan tengahari diluar dan sebelah malamnya jika memasak pasti hanya menyediakan hidangan seringkas mungkin. Sudah pasti pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh itu, zaman serba maju ini, setiap kita harus ada kesedaran akan kepentingan supplement. Cara hidup serba sibuk dan pemakanan yang tidak sihat menjadi punca utama menular bermacam jenis penyakit masa kini. Berapa lah sangat harga supplement untuk pengambilan harian kita jika dibandingkan kos rawatan mengubat penyakit.

Bergantung kepada keperluan harian anda. Lain orang, berbeza keperluan harian. Jika anda mahu mendapatkan konsultasi terbaik berkenaan pengambilan vitamin Shaklee yang sesuai untuk anda, saya sedia membantu :)

Berminat nak tahu lebih lanjut?

Nak jana income 3,4,5 angka dengan Business Shaklee?


Saya sedia membantu anda






0 comments:

Post a Comment