Pages

Thursday, 31 December 2015

Anak Mula Bersekolah. Bersediakah Anda?

Tak lama lagi musim persekolahan dah nak habis. Jadinya, anak-anak akan mulakan persekolahan di tahun yang baru. Sudah bersediakah anda?
Bagi anak yang pertama kali bersekolah, sama ada memulakan tadika mahupun darjah 1, persediaan bukan hanya perlu pada anak, ibu bapa juga zaman sekarang harus bersedia mental, emosi selain bersedia dari segi keewangan sudah semestinya.

                                                   
Hari Pertama I Sara balik sekolah, muka sembab menangis sebab katanya tak ada beg hikhik..cian anak mama


I Sara sudah memulakan sesi pra-sekolah sejak umur 4 tahun. Kami hantar I Sara bersekolah di Little Caliph Bandar Baru Sentul. Kami memilih Little Caliph kerana modul pembelajarannya yang berunsurkan Islamik dan juga pendedahan kepada English Module. Selain itu, di kawasan rumah kami, Little Caliph Sentul ini yang paling berdekatan, kawasan sekitar yang kelihatannya baik bagi kami, mudah kami menghantar dan mengambil I Sara balik sekolah Pembelajaran pada sesi pagi bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

                                       
Minggu kedua pegi sekolah dah happy jer ni kluar rumah..alhamdulillah


Tahun 2016 ini , I Sara akan memulakan sesi persekolahan untuk 6 tahun. Kali ini, kami mendaftarkan I Sara untuk sesi pagi dari 8.30 hingga 12 tengah hari dan bersambung Extended Program dari pukul 1petang hingga 5 petang. Ini disebabkan kami mahu memberi lebih pendedahan dan persediaan kepada I Sara agar lebih fokus kepada pembelajaran sebagai persediaan alam persekolahan yang sebenar pada 2017 nanti, In Sha Allah.

Sesi petang ada pembelajaran Hafazan, Seni Kreatif, Memasak, Matematik dan Sirah Islam. Modul-modul ini yang menarik perhatian kami suami isteri mendaftarkan I Sara untuk sesi pagi hingga petang. Solat Zohor dan Asar juga di lakukan secara berjemaah di sekolah. Yuran keseluruhan pendaftaran I Sara berjumlah RM1,500. Manakala, yuran bulanan adalah sebanyak RM450.

Semoga I Sara menjadi anak yang bijak dan solehah. Amin...

Jadual pembelajaran I Sara sesi 6 tahun bermula 6 Januari 2016 nanti.



Wednesday, 30 December 2015

Solat Pemangkin Keluarga Bahagia

Kuliah zohor arini di ofis, ada tetamu istimewa yang segak pulak gitew..Penuh surau bukan hanya sebab topik yang disampaikan, namun teruja dengan kehadiran Ustaz Don!


Ustaz megupas topik betapa pentingnya solat dan betapa bertuahnya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. 

Kata uztaz, solat merupakan tiang agama. Dengan solat membentuk disiplin diri dan juga mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Ustaz menyarankan setiap keluarga mengamalkan solat berjemaah. Jika siang hari sibuk dengan urusan mencari rezeki, setidaknya bersolat jemaahla sekeluarga pada waktu maghrib dan isyak.

Sangat besar impaknya pada keluarga yang mengamalkan solat berjemaah. Ustaz juga menekankan kita supaya fokus kepada pendidikan generasi alpha, iaitu generasi anak-anak kita yang kini lingkungan umur 3-4 tahun. Ini kerana generasi alpha ini merupakan generasi yang mempunyai kelebihan untuk self-learning. Rugi jika mensia-siakan mereka yang berfikiran lebih advance dari kita zaman ini.

Ustaz berkata umat zaman dahulu yang beriman, sangat menginginkan untuk menjadi umat Nabi Muhahammad. Ini kerana banyak kelebihan diberikan Allah kepada umat Nabi Muhammad. Maka beruntunglah kita yang menjadi umat baginda Rasulullah.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara. Kita dihidupkan agar beriman dan melakukan suruhan Allah dan mengikut ajaran Nabi Muhammad serta mengumpul sebanyak pahala yang pastinya menjadi bekalan untuk di alam sana. 

Semoga kehidupan kita sentiasa dalam lindungan Allah dan diberkati. Semoga Jannah menjadi tempat pertemuan kita di alam sana kelak.

Aminnn..

Salam Sayang,
Mama Sara & Hakeem

Tuesday, 29 December 2015

Kencing Manis? Jangan Ambil Mudah..Ketahui 7 Tanda Awal

Diabetes atau dikenali sebagai kencing manis merupakan keadaan di mana terdapat paras gula (glucose) yang tinggi di dalam darah. Paras gula tinggi ini mungkin di sebabkan oleh penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau sel badan yang tidak lagi memberi respon baik pada insulin yang terhasil. Insulin adalah hormon yang di hasilkan oleh pankreas.


                                                           
ulser kaki akibat kencing manis


Tahukan anda, penyakit kencing manis berada dalam paras nombor 7 dalam senarai penyakit yang paling banyak membunuh rakyat Malaysia malahan juga di dunia?

Kencing manis yang tidak dikawal pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti :-           a. serangan jantung
          b. strok
          c. kegagalan fungsi buah pinggang
          d. ulser kaki
          e. hilang deria penglihatan.

Tanda Awal Kencing Manis!


1. Rasa Lapar & Keletihan
Setiap makanan yang memasuki badan akan ditukar kepada gula (glukos) yang digunakan oleh sel badan sebagai tenaga. Namun, pesakit kencing manis akan mempunyai masalah di mana insulin yang terhasil oleh badan tidak mencukupi. Insulin ini bertindak sebagai pemangkin untuk menukar makanan kepada glukos dan seterusnya menjadi tenaga.
Disebabkan inilah, pesakit kencing manis akan mudah merasa letih dan lapar.


                                           
pesakit kencing manis akan berasa dahaga yang keterlaluan


2. Kerap Buang Air Kecil & Dahaga Berlebihan
Kadar normal seorang yang sihat dianggarkan membuang air kecil sekerap 4-7 kali dalam 24jam. Berbeza dengan pesakit kencing manis, mereka akan selalu terasa ingin membuang air kecil. Ini kerana, kencing manis yang menyebabkan gula dalam darah tinggi, menyebabkan buah pinggang tidak dapat memproses keseluruhan kandungan dalam darah dan ia akan cuba mengeluarkannya dari badan melalui air kencing. Bila kerap membuang air kecil, pesakit kencing manis juga akn mudah merasa dahaga.

3. Kulit kering & Kegatalan
Disebabkan banyak cecair keluar dari badan, ia menyebabkan kulit kekeringan. Kulit kering akan membawa kepada kegatalan pada kulit.

4. Kabur Penglihatan
Perubahan kandungan cecair dalam tubuh akan memberi kesan kepada penglihatan. Bentuk mata dan focus akan terjejas.

5. Kutil-kutil kecil
Kelihatan kutil-kutil kecil keluar di antara celah-celah jari kaki dan tangan, di bawah payudara dan di sekitar kawasan alat sulit.

6. Luka Lambat Sembuh
Bila luka terjadi, luka pastinya ambil masa yang lama untuk sembuh. Ini kerana, kandungan gula yang tinggi dalam badan menyebabkan perjalanan darah terganggu dan menyebabkan kerosakan pada saraf. Ini menyebabkan proses penyembuhan lambat berlaku.

7. Rasa Kebas Terutama Pada Kaki
Kerosakan saraf ini juga menyebabkan rasa kebas atau hilang deria rasa terutama pada bahagian kaki. Ada tahap juga pesakit kencing manis tidak sedar yang kakinya luka kerana tiada rasa sakit.


                                               
suntikan sendiri insulin cara terakhir dan terpantas mengawal kencing manis


Jangan ambil ringan jika anda atau ahli keluarga anda menghadapi tanda-tanda ini. Pergilah buat pemeriksaan kesihatan agar dapat dipastikan tahap kesihatan anda. Jika di sahkan menghidapi kencing manis, segeralah mendapatkan rawatan.

Selain daripada konsisten mengambil ubatan dari hospital/klinik, disyorkan juga ikhtiar dengan alternatif makanan tambahan semulajadi dari Shaklee ini seperti Vivix yang telah di uji secara klinikal mengandungi tahap resveratrol yang tinggi yang dapat meningkatkan imun badan dan menjadi penawar kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan untuk penjagaan kesihatan yang menyeluruh. (Boleh baca lebih lanjut khasiat Vivix disini)

Pencegahan lebih baik daripada merawat!

Semoga entri ini bermanfaat & dapat melindungi insan kesayangan anda.

Salam Sayang,
Mama Sara & Hakeem

Sunday, 27 December 2015

Resepi Minyak Bawang Putih..Teman Baik Bayi Anda!

Jangkitan batuk dan selsema terutama pada bayi kecil perkara biasa yang para ibu harus bersiap sedia dengan ilmu agar ianya tidak berlarutan. Ini kerana imun sistem bayi belum terbentuk secara menyeluruh lagi malahan bahaya untuk di berikan ubat-ubatan kepada si kecil. 


bayi selsema


Anak-anak yang di hantar ke taska lebih tinggi kebaragkalian terkena jangkitan ini kerana pergaulannya yang lebih terdedah lebih-lebih lagi ada juga ibu bapa yang tetap menghantar anak yang sakit ke taska akibat tuntutan kerja. Namun, usah fokus pada perihal itu, fokus pada penyelesaian masalah demam, batuk dan selsema bayi anda.

Biasanya demam, batuk bermula dengan selsema. Akibat kahak yang berkumpul, ianya menyebabkan batuk. Seperti yang dibincangkan pada entri sebelum ini, bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Pada entri ini, saya nak share resipi minyak bawang putih yang boleh mommies buat sendiri dan begitu mudah agar dapat mengurangkan selsema bayi anda.


minyak bawang putih



Resepi Minyak Bawang Putih


1. Ambil 1 labu bawang putih. Ketuk-ketukkan dengan kulitnya sekali.

2. Cucuk pada garfu dan bakar atas dapur sehingga kulitnya agak keperangan.

3. Bila bawang putih seakan lembut, tumbuk-tumbukkan sehingga lumat.

4. Gaulkan bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara.

5. Siap! Sedia untuk di gunakan.


Cara Penggunaan


Ambil minyak dan sapu pada bahagian T-zone bayi. Sapu juga pada dada, belakang betis, belakang badan dan tapak kaki. Sapu nipis saja ya, sebab kulit bayi yang nipis, harusla handle with extra gentle and care kan..kan.. :)

Dulu, masa Hakeem kecil selalu juga bekalkan minyak bawang putihnya kepada penjaga taska. Kesian Hakeem, asyik-asyik batuk dan selsema. Alhamdulillah, kini Hakeemm semakin membesar dengan sihat. Semoga anak-anak mama terus sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Amin..


                                                  



Salam Sayang,
Mama Sara & Hakeem
012-2634001.

Bawang Putih Antibiotik Semulajadi

Sejak berabad lama, garlic (bawang putih) menjadi ubatan tradisional oleh nenek moyang kita. Ini kerana, selain ianya mempunyai aroma yang menyedapkan bau makanan, ia juga menjadi penambah rasa semulajadi kepada masakan kita. Perasan tak kalau kita tengok rancangan memasak, terutama dari obersea mesti bawang putih ini menjadi salah satu ingredient utama dalam resipi masakan mereka.

bawang putih ada 1001 rahsia perubatan

Rahsia Garlic.


Bawang putih mempunyai Allicin. Allicin merupakan kandungan rahsia dalam bawang putih yang bertindak sebagaii antibiotik semulajadi, anti-kulat, antioksida yang membantu dalam penyembuhan penyakit. Allicin sangat sensitif dan mudah musnah.

Jom ketahui fakta berkaitan bawang putih.

1) Ia mengandungi rendah kalori dan tinggi dengan vitamin seperti Vitamin C, Vitamin B6 & Manganese.

2) Di gunakan secara tradisional untuk menangani penyakit demam selsema.

3) Penggunaan garlic yang konsisten dan dos tinggi dapat membantu menstabilkan tekanan darah pada pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi. 
(Sumber : http://authoritynutrition.com/11-proven-health-benefits-of-garlic/)

4) Garlic menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan membantu menghindar dari serangan sakit jantung.

5) Garlic mengandungi antioksida yang dapat menghalang kerosakan sel dan juga sebagai anti-penuaan semulajadi. Sekaligus membantu menghindarkan dari penyakit Alzheimer.

Garlic Complex Shaklee


Kenapa harus ambil Garlic Complex Shaklee
Sebabnya, berapa ramai antara kita ini mampu telan bawang putih mentah-mentah begitu sahaja paling kurang 4biji bawang putih mentah sehari? Errrrr, bila dikopek, baunya pun dah menusuk hidung, inikan pula nak kunyah mentah!

Kan mudah dengan telan sahaja 1 biji pil Garlic Complex sudah mengandungi 500mg extract garlic tulen. 
Garlic Complex ini diperbuat dari 100% bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA. 
Pembuatan pil garlic ini pada suhu bilik terkawal agar dapat mengekalkan kandungan Allicin yang aktif yang merupakan komponen utama yang bertindak sebagai antibakteria, antibiotik semulajadi, antikulat dan bersifat penyembuh.

Garlic Complex Shaklee

Risau Kesan Sampingan Antibiotik?


Bagi yang selalu di serang sakit tekak, selsema, batuk, demam dan di berikan antibiotik sebaai langkah cepat dan selalunya berkesan untuk pemulihan segera namun berasa risau akn kesan jangka panjang ubat bahan kimia antibiotik? Boleh mula bertukar kepada pengambilan Garlic Complex secara konsisten.

Garlic Complex merupakan antibiotik dari bahan semulajadi pastinya lebih selamat dan menyakinkan selain membantu dalam penjagaan kesihatan badan keseluruhannya. 

No pendafftaran KKM : K.K.L.I.U : 2619/2014

Salam Sayang,
Mama Sara & Hakeem
012-2634001



Friday, 25 December 2015

Kisah Ayah (Part 2)

Khamis 17/12/15 sepatutnya aku kerja. Sebab adik perempuan (Awin) punya turn pula ambil cuti jaga ayah. Memandangkan kejadian semalam ayah terjatuh di wad, aku rasa tidak senang hati. Cuti terakhir tahun 2015 ni aku ambil juga untuk teman ayah di hospital. Awin tidur rumah aku malam tadi sebab kami balik lewat dari hospital. Jauh Awin nak balik ke Klang sendirian.Seawal pukul 6 pagi aku dengan Awin keluar rumah sebab takut anak-anak bangun nanti lambat pula ke hospital. Anak-anak suami tolong uruskan hantar ke taska.

Sampai di hospital ku lihat ayah nampak sihat. Cuma sakit-sakit badan sedikit sebab terjatuh semalam. Kami empat beradik datang hospital hari ini. Kami nekad untuk bawak ayah ke IJN (Institut Jantung Negara). Kami pergi ke IJN untuk tanyakan details berkaitan procedure, rawatan dan kos rawatan. Di IJN jika procedure angiogram itu anggaran kos RM7,000 dan harus deposit sejumlah RM35,000 untuk anggaran jika perlu masukkan maksimum 3 stent.



Institut Jantung Negara



Pihak IJN memberitahu bahawa bil perubatan boleh juga dibayar dengan menggunakan EPF account 2. Along, aku dan Awin terus ke RHB kiosk untuk print statement terkini. Alhamdulillah, cukup semuanya untuk bawa ayah dapatkan rawatan di IJN. Selesai semua kami pun ke hospital.

Sampai di hospital kami berbincang dengan doktor akan perkembangan ayah. Doktor pada mulanya mahu discharge ayah hari ini tapi bercadang monitor ayah sehari lagi kerana kalau ikut rekod kesihatan ayah agak tidak stabil bila hari menjelang petang. Sekali lagi kami berbincang dengan doktor jika seduai untuk transferkan ayah ke IJN. Doktor inform untuk tunggu esok hari.

Jumaat, kami 3 beradik ke ofis sebab mahu uruskan semua dokumen yang perlu untuk pembayaran bil di IJN. Surat majikan, surat beranak, i/c, epf statement yang terkini dan borang pengeluaran epf untuk perubatan. Lunch time pukul 12, aku sempat ke HUKM tengok ayah. Ayah nampak sihat dan ceria. Lagi ceria bila 3 kakaknya pun datang melawat. Kami berbual-bual. Habis lunch time, aku masuk semula ofis.

Jumaat habis kerja awal, pukul 4.45 petang. Aku keluar on time dan bergegas lagi ke hospital. Hati ni memang nak cepat-cepat je sampai dekat ayah. Adik cakap doktor bagi discharge dan tengah tunggu surat reference serta sumary report untuk di awa ke IJN esok. Berkali-kali aku follow up sebab risau lambat sangat balik rumah nanti ayah penat pula sebab esok appointment di IJN pukul 8 pagi. Pukul 7pm surat siap dan bil untuk discharge pun dapat. Ku lihat waktu dah nak masuk maghrib, jadi aku ke surau dulu sebelum buat bayaran di kaunter.

Usai solat maghrib, ku terus ke kaunter bayaran. Tengah bayar mak bagitau yang ayah terjatuh lagi di wad! Kali ni ayah pengsan!

Masya Allah..

Terus aku bergegas ke wad untuk melihat keadaan ayah. Di wad suasana sangat cemas. Doktor dan nurse dengan pelbagai peralatan dalam bilik wad ayah. 3 minit ayah 'hilang'. Dengan bantuan CPR ayah kembali sedar. Alhamdulillah..



cara ringkas untuk lakukan CPR.


Kini ayah terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan. Ayah nampak letih dan bernafas laju. Aku mendekati ayah dan bertanya khabar. Ayah cakap dadanya sakit sebab tekanan CPR tu kuat agaknya. Ayah juga tanya apa yang berlaku Ku beritahu ayah terjatuh lagi dan pengsan. Ayah cakap tidak ingat kejadian tu. Adik-beradik semua sudah datang di wad melihat ayah. Ayah menunggu untuk dimasukkan ke CCU. Kata doktor, ayah pengsan disebabkan rhythm jantung ayah tiba-tiba meninggi dan perlu masuk ke CCU untuk pantauan yang lebih rapi. 

Bersambung...

Klik sini untuk Kisah Ayah (Part 1).

Kolesterol Punca Utama Sakit Jantung!

Kolesterol merupakan sejenis komponen yang likat, berkilat dan berlemak yang boleh ditemui pada seluruh sel badan. Badan juga memerlukan kolesterol untuk membina hormon, vitamin D dan juga substance yang perlu untuk proses penghadaman makanan. Jangan salah sangka yang mengatakan badan tidak

Ada 2 jenis kolesterol. Biasa kan orang panggil kolesterol 'jahat' dan kolesterol 'baik'? Jom ketahui apa tu dan bagaimana nak tahu jenis kolesterol ni.

1) LDL - Low-Density Lipoproteins
Ia dikenali juga sebagai kolesterol jahat kerana LDL yang berlebihan membuatkan ianya mendap pada saluran arteri. Arteri adalah salur darah utama yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan.

2) HDL - High-Density Lipoproteins
Ia dikenali sebagai kolesterol baik kerana HDL membantu membawa lebihan kolesterol dari seluruh badan ke hati. Dan hati membantu membuang kolesterol lebih ini keluar dari badan.


Apa Jadi Jika Terlebih Kolesterol?


Jika badan mempunyai banyak kolesterol LDL, ianya akan mendap pada saluran darah arteri. Ia membentuk plak yang membuatkan saluran darah yang membawa oksigen dari jantung ke seluruh badan menjadi sempit. Saluran yang sempit mengakibatkan jantung terpaksa bekerja keras mengepam darah dari kadar normal.

Pengumpulan plak mengambil masa dan ianya tidak memberikan apa-apa tanda sakit atau tiak selesa pada badan. Plak yang terkumpul menyempitkan saluran arteri dan boleh menyebabkan 'blood clot' terbentuk. 'Blood clot' menghalang darah dari diangkut ianya seperti 'road-block' pada salur darah itu. Maka, ia membawa kepada masalah serangan jantung atau strok.


Plak menyempitkan salur darah

Kenali Sumber Pemakanan Anda.


Kolesterol jahat kebanyakannya didapati dari makanan yang bersumberkan haiwan. Selama ini kita makan sedap sahaja dan jarang sekali jatuh sakit, apatah lagi badan pun tidak gemuk, jangan di sangka tiada kolesterol!
Seperti yang diterangkan tadi, pemendapan plak berlaku tanpa sedar dan tiada simptom sakit melainkan ianya sudah tahap kronik yang menyumbat salur darah.

Kebanyakan kolesterol jahat datang dari makanan bersumberkan haiwan. Sumer utama makanan yang tinggi kolesterol ialah makanan yang mengandungi saturated fat dan juga trans fat.
Contohnya seperti berikut.

Makanan tinggi saturated fat.
a) daging merah
b) mentega/butter
c) krim
d) cheese
e) produk tenusu yang diperbuat dari whole milk.

Makanan tinggi trans fat.
a) makanan bergoreng
b) pastry
c) pizza dough
d) pie crust
e) cookies
f) crackers


Cara Turunkan Kolesterol


1. Pilih dan ketahui pemakanan anda. Elakkan makanan yang dalam kategori tinggi kandungan kolesterol dan banyakkan makanan yang berasaskan tumbuhan.

2. Banyakkan makan kekacang seperti almond, makanan berserat tinggi, contohnya jika makan roti pilih yang roti jenis whole-grain, makan banyak buah dan juga sayur-sayuran.

3. Senaman yang kerap dan konsisten. Senaman dapat melancarkan perjalanan darah. Bermula denga senaman yang ringan dan ringkas agar badan dapat membiasakan dengan aktiviti ini dan boleh dilanjutkan dengan senaman yang lebih aktif dan berat secara berperingkat.

4. Pengambilan supplement yang tingi Omega-3.


Makanan Apa Yang Dapat Rendahkan Kolesterol?


a) Oat
b) Kekacang  seperti almond, walnut.
c) Buah seperti epal, pear, prunes.barli, avocado
d) Ikan Salmon.
e) Minyak Zaitun (Olive oil)


Salam Sayang,

Mama Sara & Hakeem
012-2634001




Thursday, 24 December 2015

Kisah Ayah



"....Sesungguhnya mati itu adalah pasti. Tidak akan cepat mahupun lambat walau sesaat..."

Seminggu teman ayah dekat wad di HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia). Ayah masuk wad emergency ahad yg lepas 13/12/15 kerana sesak nafas. Sudah 2 minggu ayah tidak selera makan dan malam itu ayah tiba-tiba seperti hendak muntah. Jadi Mak, Along, Awin dan Adik bawa ayah ke wad kecemasan untuk dapatkan rawatan segera. Memang ayah kerap masuk hospital sejak buat operation bypass jantung pada tahun 2010 yang lalu.

Bangun solat subuh pagi tu, baru nampak message dari Awin yang beritahu peihal ayah di HUKM. Aku bergegas siap untuk ke sana. Melihat keadaan ayah, hati ku sayu. Ayah nampak letih sangat. Ku tanya ayah dah makan ke. Ayah kata belum. Masa itu sudah pukul 9 pagi. Aku beritahu doktor dan diberi sebekas kueyteow goreng. Aku cuba suap ayah, masuk saja dalam mulut, ayah seperti hendak muntah. Aku fikir makanan ni memang bukan makanan biasa yang menyelerakan ayah. Jadi aku minta izin untuk belikan bubur di cafe. Bubur dan campur sup, aku suapkan ayah makan. Alhamdulillah, ayah mahu makan. Beberapa sudu juga ayah makan. Rasa gembira sangat! Masa bercerita dengan ayah, ku lihat air mata ayah mengalir di tebing mata. Sebak..


Sebab wad penuh, ayah di tahan di wad emergency dahulu. Aku tahu ayah tidak selesa keadaan begitu, jadi aku bertanya doktor kalau keadaan ayah membolehkan aku transfer ayah ke hospital lain. Pada fikiran ku mahu membawa ayah ke hospital swasta yang memberikan keselesaan wad dan rawatan yang lebih pantas. Namun, doktor memberitahu yang keadaan ayah tidak stabil untuk di pindah ke tempat lain. Petang itu, ayah dapat masuk ke wad pemerhatian. Keadaan di situ lebih baik. Aku rasa agak lega dan bersyukur ayah dapat tempat lebih selesa. Ku teman ayah sehingga malam sebab aku suruh mak dan adik-beradik lain balik berehat setelah semalam tidak tidur.

Setiap hari aku datang teman ayah di wad. Hari isnin dan selasa tu ayah nampak ceria. Ayah siap telefon awal-awal subuh dan bagitau aku agar tak payah tergesa-gesa nak datang cepat-cepat.


"...angah tak payah datang cepat-cepat, ayah OK..ayah dah siap mandi & gosok gigi semua dah ni..solat pun dah siap. Ayah pun dah sarapan bubur tadi..."

MasyaAllah, lega sangat hati sebab ayah nampak makin sihat. Lepas hantar anak-anak ke taska, aku bergegas ke hospital. Nak datang cepat jugak dekat ayah.
Duduk dengan ayah, seperti biasa melayan ayah bersembang. Macam-macam cerita. Ayah cerita masa zaman ayah bekerja dulu dia rasa seronok sangat dan masa tu cepat je berlalu. Memang ayah hebat. Seorang penyelia kilang kayu yang serba boleh dan berdedikasi. Ayah di hantar posting di merata tempat untuk latih pekerja di sana dan transfer knowledge.

Rabu 16/12/15 ayah kini di wad 6J tingkat 6. Doktor dah schedule untuk buat Echo Test. Ujian ni untuk tengok tahap degupan jantung ayah. Medical Officer (MO) inform yang tahap jantung ayah lemah! Hanya 20% dan cardiologist advise untuk buat procedure angiogram. Procedure ini boleh dikatakan seperti suatu proses 'penyiasatan' keadaan jantung. Di mana melalui ujian ini dapat kenal pasti di mana 'blockage' pada salur darah. Jika bukan salur yang kompleks, boleh di pecahkan sumbatan itu dengan memasukkan stent.

Stent di letakkan dalam salur darah untuk mengembangkan saluran yang tersumbat.


Namun doktor cakap ayah belum sampai tahap kritikal yang memerlukan procedure angiogram itu dilakukan sekarang. Lagipun mesin angiogram di HUKM sekarang rosak. Aku rasa tidak sedap hati dan bertanya bila boleh lakukan procedure itu. Doktor cakap lagi 6 minggu untuk next appointment dan ayah boleh discharge petang nanti.


"..ermmm, doktor..boleh ke ayah saya bertahan nak tunggu 6 minggu lagi? Dari pemahaman saya denyutan jantung 20% tu macam lemah dah tu..ayah pun tak selera makan dah 3 minggu ni..nampak lemah je badan dia.."

Doktor cakap ayah ok. Ada satu lagi mesin angiogram sebenarnya tapi itu khusus untuk kegunaan kes yang kritikal.

Gulp.

Dalam hati aku rasa tak keruan. Aku fikir doktor ni nak tunggu tahap kritikal yang macam mana pulak lagi?
Aku tanya lagi, berapa kos buat angiogram di luar? Aku cadang-cadang nak bawak ayah buat angiogram tu cepat-cepat biar dapat kenalpasti punca sebenar ayah sakit dan biar ayah cepat dapat rawatan dan sihat!

"...kalau di hospital Serdang, kos murah je tapi que nya panjang..mungkin setahun kena tunggu. Kalau di IJN anggaran kos 20 ke 30 ribu kot.." - kata doktor.

Aku pun berkira-kira nak bawak ayah ke IJN untuk checkup lanjut dan dapatkan rawatan segera. Kami bincang adik-beradik dan setuju. Kami buat kira-kira untuk kumpul semua duit simpanan yang ada. 

Tiba-tiba petang tu..

"...angah! Ayah jatuh ni cepat!.." Mak panggil ketika kami berbincang di luar wad.

Ayah cuba minum susu, namun tekaknya mual dan terasa nak muntah. Ayah bergegas ke sinki walaupun mak dah minta muntah dalam bekas dan ayah terjatuh. Ketika tu ayah pakai stokin. Lantai pula licin dan ayah terjatuh duduk di tepi sinki. Nurse dan MO bergegas memberi bantuan. Ayah sedar tapi tidak ingat kejadian sebenar.

Jadinya, doctor tak benarkan discharge.

Bersambung....

Monday, 5 October 2015

Jerebu Dalam Rumah?



Sekolah diumumkan cuti hari ini dan esok (5, 6 October 2015).
Banyak juga taska ditutup.
Ramai nampaknya ibu bapa turut cuti menjaga anak-anak.



Pasti 'meriah' rumah dengan creativity anak-anak mengembangkan minda mereka kan..hihihi
Sabar dan nikmati setiap saat dengan keseronokan dalam melihat anak-anak ini membesar 😊

Jangan lupa, banyakkan minum air kosong, ambil vitamin C dan multivitamin serta berikan anak rehat/tidur yg mencukupi agar kesihatan mereka di tahap yg optimum.

Buat mommies yg ada si kecil yg masih bayi, susukan bayi anda dengan lebih kerap dan elakkan aktiviti luar yg mendedahkan anak-anak kepada jerebu ini.

Wit luv,
www.pesonasara.com

Tuesday, 15 September 2015

Produk 'BEBY' Pesonasara

Alhamdulillah..

Sejak 2011 berjinak-jinak dalam cubaan bisnes online, dari satu produk ke satu produk di cuba..akhirnya hari ini 14.09.15 photoshoot pertama Baju Menyusu keluaran Pesonasara 💖

Hati berbunga-bunga masa baju siap dan dapat collect dari tailor. Whatsapp mak tunjuk baju pertama dah siap, mak balas 

"mak rasa nak nangis tengok usaha dan kegigihan angah..mak doakan angah berjaya capai impian angah.." Aminnn..

Doa mak! Doa mak yg sangat2 tak tergambar dengan kata-kata! Terima kasih mak. Doa mak buat angah lebih semangat.

Sebelum photoshoot perut dah rasa semacam. Hati berdebar-debar. Yerla..tak pernah terjangkau di fikiran dapat mengorak langkah ke tahap ini pada masa ni. Rasanya satu kejayaan kerana hari ini memang sesuatu yg LUAR BIASA kami suami isteri lakukan.

Buat-buat konfiden jumpa photografer & model. Set up pertemuan dan TODAY IS THE DAY!!

Alhamdulillah..sesi ambil gambar berjalan lancar. Kami newbie memang tak tahu nak demand posing cemane ke ape. Terserah saja pada kreativiti photographer & model. Hehehhe. Sampai photogrpher cakap,

'... ishhh semua gambar ok je ni..risau pulak saya..' 

Hihihi..memang kami tengok oke je semua. Alhamdulillah urusan dimudahkan. Sejam je habis sesi photoshott 10 koleksi pertama Pesonasara. Siap dengan photoshoot untuk 'teaser' pulak tu.

Model @ikeen memang sopan orangnya , friendly dan sporting. Photographer @khairulhashidee pulak memang cool. Good job!

Semoga koleksi BASIC MAMA DRESS ini mendapat sambutan hangat dan laku keras di pasaran. 
In sha Allah..

Jom klik www.pesonasara.com untuk pelbagai koleksi baju menyusu muslimah, kualiti terbaik, design terkini dan harga berpatutan 💗








Sunday, 13 September 2015

Tips tingkatkan semangat mula bekerja selepas habis berpantang

Haaa..rasa 'lemau' nak mula bekerja setelah habis cuti bersalin memang biasa. Setelah 2 atau 3 bulan masa kita sepenuh masa untuk si comel, nak tune semula mindset dan perasaan pasti bercampur-baur kan?

Faham sangat! Masa I sara dulu, saya menangis seharian masa hari pertama hantar dia ke nurseri. Hati ibu mana yang tak sedihkan? Macam-macam terlintas difikiran. 

Namun tuntutan kerja dan komitmen mencari rezeki membuatkan kita harus kental hadapi saat memulakan semula rutin kembali bekerja. Jom saya share tips sebagai persediaan ibu-ibu memulankan kerja dengan gembira.



#1 MINDSET

Tetapkan matlamat kita kenapa harus bekerja? 

Mahu meningkatkan ekonomi keluarga?

Mahu mencari pendapatan halal untuk berikan yang terbaik buat anak kelak?

Mahu sediakan kemudahan dan keselesaan terbaik buat anda sekeluarga?

Mahu bantu ibu & ayah di kampung dan tampung perbelanjaan perubatan?

Bila kita sedarkan tujuan sebenar kenapa harus bekerja, pasti emosi akan lebih terkawal kerana kita bekerja dengan matlamat. Selain itu ia membuatkan diri sentiasa positif



#2 PENGASUH

Buat persiapan awal siapakah yang akan menjaga bayi anda bila keluar bekerja nanti. 

Nurseri?
Babysitter?

Survey lokasi nurseri dan babysitter. Berkenalan dengan penjaga tersebut. Lihat suasana dan kawasan nurseri mahupun rumah babysitter. Cari info berapa jumlah bayi di bawah jagaan pengasuh itu.

Maklumat yg cukup membuatkan kita bertambah yakin untuk memberikan anak kita dibawah jagaan mereka.



#3 STOK SUSU IBU

Mulakan membuat stok semasa waktu berpantang. 
Buat jadual anda dan ikut jadual mengepam walaupun semasa dirumah. Ini dapat memberikan 'memory' kepada payudara bahawa ada 'demand'.

Ingat ya, penghasilan susu ibu adalah bergantung pada 'demand' bayi. Lebih kerap menyusu & mengepam, lebih banyak susu ibu akan dihasilkan. 

Simpan susu yg diperah ke dalam freezer dan labelkan agar mudah mengenalpasti susu yang harus di gunakan dahulu.

Semoga bermanfaat.

💗

Dapatkan pelbagai koleksi baju menyusu muslimah di www.pesonasara.com
Jubah, blouse, kaftan dan cardilatch yang trendy dan berkualiti untuk memudahkan penyusuan ibu dimana-mana.






















Sunday, 26 July 2015

Malu menyusu di tempat awam?


Ouccchh!!
Sentap kan kalo org ckp gini bila tgh susukan si chomel..lagi2 kalau ada mommies yg OVER SELAK 😁

Sebab tu penting ibu menyusu mengenakan pakaian menyusu yg sesuai. 

Bukan hanya memudahkan mommies menyusukan dimana-mana malah dapat menyusu dengan YAKIN dan aurat terpelihara.

Gunakn NURSING COVER atau PAKAIAN IBU MENYUSU yg sememangnya direka khas buat mommies. 

Tak tahu nak cari di mana? 

Klik je www.pesonasara.com 💗💗
Boleh order terus di website atau Whatsapp di 012-2634001 okeh..
Kami sedia membantu mommies 😊

Wednesday, 10 June 2015

5 Perkara Asas Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..
Selamat Pagi Beautiful Mommies semua 😍
Apa khabar? Cemane penyusuan mommies? Semua okey ke?



5 perkara penting ASAS DLM PENYUSUAN :-

💗 Niat
💗 Ilmu
💗 Sokongan
💗 Latihan
💗 Mindset

Asas yang kukuh menjadi pendorong mommies dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Sediakan diri dengan ilmu berkaitan penyusuan semasa kehamilan lagi.

Sokongan orang sekeliling terutama suami sangat penting kerana penyusuan susu ibu bukan perkara mudah namun tidak mustahil menjayakannya.

Jika bermanfaat, sila SHARE agar perkongsian ini sampai kepada ibu-ibu menyusu HEBAT di luar sana 💝

#tipspenyusuanpesonasara
#andaibuhebat
#breastfeedingisamazingjourney

Mencari pakaian menyusu yang anggun, cantik dan berkualiti?
Jom klik sini..
www.pesonasara.com

Wednesday, 3 June 2015

Hanya 2 perkara yang bayi baru lahir perlukan

Tahniah dan selamat datang ke dunia keibuan. Indahkan? Sejak fasa mengandung, apatah lagi melahirkan. Kini anda di dalam fasa menjadi seorang ibu! 


Bayi yang baru lahir hanya berkomunikasi dengan tangisan dan gerak tubuhnya. Ibu-ibu harus tahu apa kehendak bayi anda lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir. Sebab itu kadang-kadang ada ibu yang alami masalah 'kejutan' bila bayi asyik nangis dan panic kerana tidak tahu apa yang bayi mahukan.

Melalui kajian, 2 perkara penting yang di perlukan bayi yang baru dilahirkan. 



#1 Mahukan Dakapan Ibu

Selama 9 bulan bayi di dalam kandungan, kehangatan ruang rahim ibu membuatkan bayi yang baru lahir masih memerlukannya. Dakaplah bayi anda selalu lebih-lebih lagi di saat hari pertama kelahirannya agar dia merasa selesa dan selamat. 

#2 Saya Lapar!

Semestinya susu ibu yang terbaik sebagai pelengkap keperluan si manja. Hari pertama kelahiran, amat penting memberikan bayi anda 'cecair emas' yang dikenali sebagai colostrum. Colostrum berwarna kuning keemasan dan dalam kuantiti yang sedikit mengandungi kandungan antibodi tertinggi yang dapat melindungi bayi anda.


Happy breastfeeding mommy!! Tempuhi masa berharga ini dengan penuh gembira. Setiap saat ini pasti tidak akan berulang lagi. Anda bertuah kerana diberi peluang untuk mengalami dan merasai perjalanan hebat seorang ibu. Pastikan andalah 'supermama' kebanggan si manja anda 😍😍


Sunday, 31 May 2015

Tips Mudah Banyakkan Susu Ibu

Alhamdulillah..Ramai dah ibu-ibu ada kesedaran yang tinggi betapa pentingnya memberikan si manja yang baru dilahirkan dengan susu ibu. Susu ibu memang sudah diciptakan ISTIMEWA KHUSUS UNTUK ANAK ANDA. 

Tahukah anda susu ibu juga berubah-ubah kandungan dan kuantitinya mengikut keperluan bayi pada masa itu. Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi, manakala susu ibu untuk bayi yang lebih besar misalnya 1 tahun mempunyai kalori yang tinggi.


Ramai ibu-ibu terutama yang pertama kali menjadi ibu tidak tahu bagaimana caranya nak pastikan susu ibu sentiasa banyak dan cukup untuk bayi. lebih-lebih jika memasang impian untuk eksklusif breasfeed si manja anda. Jom saya kongsikan beberapa tips dari pengalaman sendiri, bacaan dan perkongsian dari rakan certified laktasi berkenaan susu ibu.


#1 Pasang Niat


Sedari dalam kandungan pasangkan niat unutk menyusukan anak yang bakal lahir selama mungkin. sebaiknya sehingga 2 tahun. Jika sudah melahirkan, teruskan niat anda kerana niat ini umpama magnet yang akan menarik anda untuk berusaha mencapai impain yang dihajati.



#2 Makanan Berkhasiat


Pastikan anda menjaga pemakanan. Ambil makanan yang berkhasiat dan pelbagai. Jangan dilupa utamakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran hijau sangat bagus membanyakkan susu ibu. Susu ibu yang terhasil juga sudah tentu berkualiti dan baik untuk kesihatan bayi anda.



#3 Minum Air 3 liter


Pastikan ibu mengambil air kosong sebaiknya suam sebanyak 3 liter sehari. Ini minimum ya. Lebih banyak lebih bagus. PERHATIAN!! SILA SUKAT KADAR PENGAMBILAN AIR ANDA. Kenapa saya highlighkan disini? Sebab RAMAI sangat ibu menyusu mengadu kekurangan susu, namun bila di tanya banyak kah ambil air? Jawapannya ya..banyak. Lagi ditanya berapa banyak? Jawapannya...errrkkkkk?
Haaaa..cemane tu ye?


#4 Alatan mengepam


Ibu bekerja, pastikan anda sedia dengan alatan mengepam. Breast pump, cooler bag, breastmilk storage, ice pack. Ini merupakan alatan asas yang semestinya ibu bekerja harus ada. Carilah breast pump yang bersesuaian dengan anda. Pakaian menyusu yang sesuai juga membantu ibu menyusu dengan lebih selesa dan mudah. Untuk koleksi pakaian ibu menyusu yang CANTIK dan ANGGUN boleh lihat di www.pesonasara.com



#5 Jadual Pam


Ibu bekerja harus set kan jadual mengepam paling bagus setiap 3 jam. Disebabkan bayi tidak bersama anda, demand bayi tidak boleh dijangka. Namun jika anda konsisten mengepam setiap 3 jam in sha Allah penghasilan susu ibu anda pasti konsisten. Harus ingat, lebih kerap kosongkan payudara, lebih banyak susu ibu akan dihasilkan.


#6 Hadiri Kelas/Seminar Penyusuan


Ajak suami bersama untuk hadir ke kelas penyusuan. Selain menambah ilmu, kita juga akan menemui ramai rakan seperjuangan yang sama-sama mempunyai impian seperti anda. Dengan adanya kumpulan sokongan ini akan membuatkan anda sentiasa dan lebih bermotivasi untuk meneruskan penyusuan susu ibu.


#7 Ambil Supplement


Nutrisi yang lengkap membuatkan ibu menyusu sentiasa bertenaga , sihat dan ceria. Emosi yang bahagia sangat mempengaruhi kadar penghasilan susu ibu. Setujukan jika ibu stress selalu, pasti susu merudum! Saya sudah alaminya lebih-lebih lagi bila sibuk dengan urusan kerja. Misalnya sudah biasa sekali sesi pam akan mendapat 15oz, boleh merudum tak sampai 10oz. Wahhhh...hebat cabaran tuh..jadi saya ambil supplement sebagai makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi.


Semoga tips-tips ini dapat membantu ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun memang banyak cabarannya. Namun, kepuasan yang tidak tergambar pasti dapat anda rasakan kerana Berjaya mencapai impian. Disamping lega kerana dapat memeberikan yang terbaik untuk si manja anda. Usaha tangga kejayaan. Ibu jangan patah semangat dan putus asa dalam menghadapi cabaran semasa proses menyusukan bayi anda. Alami dan laluilah perjalanan dalam penyusuan susu ibu ini secara gembira dan bahagia.